Thursday, December 27, 2007

Program Ceramah Pemimpin Bersama Rakyat



Pakcik ni samapai

Wednesday, November 14, 2007

Jamuan Hari Raya




Betapa ramainya yang datang.... sehingga terpaksa anggota JASA buka meja bawah pokok...kemah tak muat ......itu pun kira ok... ada kat belakang sana...tepi sikit dari meja tu...depa buka meja dalam parit la...atas lumut la...dan banyak lagi yang sedang menunggu diluar pagar dan masih ada yang menunggu bas untuk mai.......










Pulun bang....jangan melangut saja...ni mesti dok pikiaq nak makan apa ..... banyak sangat menu....yang sedap gila...
sebenarnya... abg tu tengah jaga kerusi... takut nanti tak ada tempat duduk.....orang kat belakang tu...tunggu nak ambil kerusi....abg tu angkat aje pungkok...kerusi tu mesti orang lain punya....





Sedap tak terhingga ...sehingga tak tau nak makan apa.....

Tuesday, October 9, 2007

Program Gema Perlis




Pasukan dari JASA juga tidak ketinggalan untuk berjalan dan kesemuanya aktif dan sehat2 macam orang muda..



amboi follow rapat nampak....slow sket kang tersepak plak...







Monday, October 8, 2007

Hari Bertemu Pelanggan Agensi2 KEMPEN

YAB Dato Seri Shahidan Kassim melawat Hari pelanggan.













Empat Dara Pingitan JASA Yang tersusun susunannya mengikut ketinggian..memang bergaya.. ala datin gitu...






Kakitangan JASA sibuk melayan karenah pengunjung dengan penuh senyuman..


Team Sukarelawan Ramadhan JASA


Team sukarelawan Ramadhan JASA yang terpaksa rela datang setiap malam sepanjang bulan ramadhan. Yang depan sekali tu la yang jadi kepala. Boringgggg gilaaaaaaaaaaaa. tiap-tiap malam tuuuuuuuuuuuuuuuuuu... tapi best gak dapat kerja ramai-ramai..kecoh gak tapi yang penting lepas keje kite minum dulu... cerry.. tunggu...!!!!!

Tuesday, September 18, 2007

Program Gotong-Royong Warga JASA


Parlimen Kangar telah mengadakan satu program lorong Angkat di Kawasan Padang Besar Selatan dan JASA juga melibatkan diri dalam aktiviti ini. Antara aksi menarik semasa gotong royong dijalankan..


aksi-aksi menarik semasa gotong-royong....






































Anggota Jasa Perlis





Sedang menanti hari untuk bercuti panjang ...dah nak besalin pulak!.... murah rezeki... ini yang orang lain tension ni... bulan depan sapa nak cek clim...dah le minyak mahal...clim akan sangkut pulak...pegawai kawasan kena kayuh gerek le...masuk kawasan...)



Ni la Puan Norazura Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran... kalo bab cakap laju giler.. mat rempit pun slow... boleh tinggal 10..20 tiang....kalau tuli and lambat pick-up...jangan le pi sembang dengan dia ...sah lu akan mabuk....tak terpijak di bumi ...tak tersangkut di langit....





Ni Cik Fiza kerani aset...yang ni kalau barang tak dak pi le jumpa dia ...pen tak dak dakwat...kertas A4, ink printer...dan segala mak nenek...ada kat dia...termasuk nenek kebayan pun ada....



Thursday, September 13, 2007

Anggota JASA Perlis





En. Bahanizam Pegawai DUN Bintong. (Paling rajin ambil gambar program jasa)







Cik Fiza Pegawai DUN Beseri.(Tauke Bas)







En. Badar 'Pegawai paling didikasi jaga pejabat'








Puan Shana Pegawai DUN Kayang. (baru masuk )







Cik Haida Pegawai DUN Tambun Tulang. (paling brutal)









Ms. Kok Pegawai Dun Indra Kayangan (the only one, no bady same like her)



Anggota JASA Perlis




Puan Adibah Pegawai DUN Titi Tinggi (baru beli kereta baru)





Cik Junaidah Pegawai DUN Santan. (selalu kena buli)






Puan Nasibah Pegawai DUN Pauh. (baru dapat anak pertama)




Puan Zarida Pegawai DUN Sanglang (nak dapat anak kedua)







Uts. Ibrahim Pegawai DUN Guar Sanji. (baru tukar dari Selangor)




Anggota JASA Perlis




En Amdan Pegawai DUN Simpang Empat (paling Loklak dipejabat)






Cik Nazatul Aza Pegawai Khas Agama. (Dok kontrol cun sokmo)






Sharkz JAV Jasa Negeri Perlis. (baru ader awek...)





Salmi Pegawai DUN Chuping.( macho tu...)

Tuesday, September 11, 2007

Pertandingan Futsal JASA Negeri Perlis


Team Futsal wanita JASA (berdiri dibelakang tidak termasuk yang berbaju hitam tu...) menentang team futsal kawasan Chuping. Perlawanan ini telah dimenangi oleh team futsal Chuping 3-0.

Program JASA Bersama Pergerakan Putri Negeri Perlis


Team Futsal wanita JASA Negeri Perlis (barisan hadapan) menentang Team Futsal Puteri P.Besar. Pertandingan Futsal ini telah berakhir dengan seri 2 sama.

Program Taqarub Bersama Pemimpin



JASA Negeri Perlis yang diwakili oleh En. Muhammad Faisal B. Hamidi pegawai DUN Mata Ayer telah berkerjasama dengan Yb. Khairi B. Hassan menganjurkan program Taqarub pemimpin bersama rakyat.

Yb. Khairi sedang beramah-mesra dan bertanya khabar dengan salah seorang warga emas di kawasan DUN Mata Ayer.

Seorang warga emas yang uzur menitiskan airmata kerana terharu dengan kehadiran Yb Khairi B. Hassan yang begitu prihatin dengan masalah dan kesusahan yang dihadapinya.

Yb. Khairi B. Hassan telah menyampaikan sumbangan peribadinya dan sumbangan yang telah disalurkan oleh JASA Negeri Perlis kepada warga emas tersebut.

Program Taqarub Kawasan N4 Mata Ayer



Yb Khairi B. Hassan, ahli pergerakan Putri, Pengerusi JKKK, Pegawai Pusat Khidmat dan Pegawai JASA Negeri Perlis bersama-sama melintas landasan keretapi untuk ke rumah warga emas yang uzur bagi menyalurkan sumbangan yang diuruskan oleh JASA Negeri Perlis.
Yb Khairi B. Hassan, pengerusi JKK Kg. Baru Belukar dan ahli Putri kawasan DUN Mata Ayer bersama-sama melintas landasan keretapi untuk ke rumah salah seorang warga emas yang uzur di kawasan Mata Ayer. Program ini adalah kerjasama YB kawasan, JKKK, pergerakan Putri kawasan dan JASA Negeri Perlis.

Jasa Negeri Perlis dengan kerjasama YB Khairi B. Hassan telah mengadakan program menziarahi warga emas dan orang kurang upaya dalam kawasan DUN Mata Ayer pada bulan April 2007.

Yb Khairi B. Hassan menziarahi dan beramah-mesra dengan seorang warga emas yang uzur di kawasan DUN Mata Ayer dan seterusnya menyampaikan sumbangan yang disalurkan oleh JASA Negeri Perlis.