Tuesday, May 27, 2008

Isu Beras

Bernas telah melaksanakan funsinya dengan bersungguh-sungguh dan berjaya membantu memastikan bekalan beras negara mencukupi. Tapi sayangnya, Bernas telah dipersalahkan kerana kenaikan harga beras dipasaran. Sebenarnya Bernas hanyalah pemegang hak mengimport beras dan ini bukanlah untuk kepentingan Bernas sahaja tetapi ia adalah untuk kepentingan negara.
Sebelum ini, terdapat tauke-tauke beras yang dibenarkan mengimport beras dari negara luar, tetapi mereka telah menggunakan kelebihan itu untuk menjual beras yang mereka perolehi dari negara pengeluar ke negara ketiga yang mampu menawarkan harga yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama memanupulasi harga beras import yang ada pada mereka di pasaran tempatan.
Kesan daripada itu, kerajaan telah memberi hak kepada Bernas untuk mengimport beras dari negara pengeluar dan beras tersebut hanya boleh diimport sebanyak yang diperlukan oleh negara sahaja ( lebih kurang 30% dari keperluan domestik negara).
Jadi janganlah salahkan Bernas....kesian kat depa....

Sunday, May 25, 2008

Menteri



YB. Nor Mohamad sedang menjawab soalan yang ditanya oleh para wartawan... macam-macam depa tanya... Dato' Mat Isa jeling aje... sebab projek untuk Pauh dah selesai punya...YB Syed Razlan buat selamba... tapi depa pun risau juga....takut nanti cempedak jadi nangka.

Yang duduk soru kat belakang tu tak kira apa... lu sembanglah sampai bila-bila...yang penting, harum manis ni semua gua punya....Yang berdiri tu kata,... mamat ni gila!!!...yang tu, menteri tu punya...dia tibai selamba aja....sat gi kot....sudu pingan semua naik kat muka..... tapi nak belah pun tak kena... sebab menteri belum jawab semua ... manalah tau kot-kot ada habuan sama... rugi kalau belah aje.

Pemimpin Bersama Rakyat





Menteri Kewangan ke 2 YB. Nor Mohammad, Menteri Besar Perlis YAB Dato' Mat Isa Sabu dan YB. Syed Razlan wakil rakyat N-11 Pauh yang juga merangkap Exco Kerajaan Negeri Perlis sedang meletak seketul dua bata di program membaiki rumah rakyat yang sangat uzur di kawasn DUN N11 Pauh...bertuah sungguh tuan rumah tu... sebab rumah dia menteri yang buat... walaupun satu bata aje... itu pun mujur satu bata aje... kalau lebih.... mesti tuan rumah tu pun risau juga... takut 'reban'* sebelum siap... Whatever pun terima kasih juga sebab sanggup singgah menjengah ke kampung Katong tu... kalau tidak, pakcik tu duduk rumah tu la... sampai mati... dah lah rumah tu kat tepi kubur...

(*runtuh, dalam dialek Perak)

Monday, May 19, 2008

Tunjuk kesetiaan – PM - Abdullah minta ahli UMNO bertenang, terus berjuang

Abdullah Ahmad Badawi tenang menjawab soalan media mengenai Tun Dr. Mahathir yang keluar daripada UMNO di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 19 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO.
“Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi,” katanya.
Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut tetapi mengingatkan ahli-ahli UMNO: “Apa yang penting dalam hal ini, kalau itulah keputusannya, ahli UMNO perlu bertenang.”
“Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO.
“Saya amat berharap ahli UMNO akan tetap setia dengan parti ini. Apa akan jadi kepada kita jika tidak ada parti seperti UMNO? UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas bertemu beberapa delegasi Kongres Teknologi Maklumat Sedunia 2008 di sini hari ini.
Dalam reaksinya, Abdullah juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Presiden UMNO ekoran tindakan bekas perdana menteri itu.
“Kenapa saya perlu meletak jawatan? Saya ada tugas yang perlu dilaksanakan, saya akan meneruskan tugas-tugas saya,” katanya
Sambil mengakui tindakan Dr. Mahathir itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan parti, Abdullah meminta semua ahli UMNO tidak terikut-ikut dengan langkah tersebut.
“Saya terkejut dengan tindakan Tun meletakkan jawatan. Nampaknya Tun tidak mahu lagi jadi ahli UMNO dan saya fikir sudah tentu Tun telah memikirkannya,’’ kata beliau.
Dalam sidang akhbarnya di Alor Star ketika mengisytiharkan dirinya keluar UMNO, Dr. Mahathir berkata, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.
Dr. Mahathir mendakwa UMNO kini hanya menjadi sebuah badan untuk mengiktiraf Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri “yang mengutamakan keluarganya daripada kepentingan negara.”
Ditanya sama ada beliau bimbang dengan kesan pengumuman Dr. Mahathir itu terhadap UMNO yang merupakan parti tunjang Barisan Nasional (BN), Abdullah memberitahu, mungkin ada ahli yang akan meninggalkan UMNO tetapi beliau “tidak fikir ia akan melibatkan Ahli Parlimen UMNO.”
UMNO mempunyai 79 ahli Parlimen daripada 140 wakil rakyat BN di Dewan Rakyat.
“Kalau ahli akar umbi... wallahhualam. Keahlian UMNO lebih daripada tiga juta. Mungkin ada (yang keluar parti), mungkin tidak ada tetapi yang penting ialah kita perlu fikir baik-baik adakah kita mahu meninggalkan UMNO.
“Kalau kita benar-benar ahli yang memperjuangkan UMNO, kita mesti bersabar dengan UMNO.
“Kalau kita tidak mahu dengan UMNO, bererti tidak ada lagi perjuangan UMNO dalam diri kita. Bagi saya, saya akan terus berjuang dengan UMNO,” tegasnya.
Menurut Abdullah, semua ahli UMNO harus menunjukkan kesetiaan kepada parti kerana UMNO banyak berjasa kepada rakyat negara ini.
Katanya, bukan orang Melayu sahaja yang dapat manfaatnya malah hasil perjuangan UMNO juga dirasai kaum lain.
“Saya tidak kata ia (langkah Dr. Mahathir keluar UMNO) tidak menjejaskan langsung, namun saya masih percaya ahli-ahli kita masih sayangkan UMNO dan tidak logik mereka sewenang-wenangnya mahu meninggalkan parti kerana tiada alasan untuk mereka bertindak sedemikian,” katanya.
Abdullah menegaskan, kekuatan UMNO adalah berasaskan kepada perpaduan majoriti ahli dan bukannya disebabkan pemimpin berpengaruh.
“Dulu ketika pemimpin besar, kanan dan berpengaruh tidak ada dalam parti, majoriti ahli UMNO tetap bersama parti, sebab itu UMNO wujud sampai ke hari ini,” ujarnya.
Ditanya mengenai pertemuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr. Mahathir baru-baru ini, Abdullah berkata, beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh kedua-duanya.
“Saya tidak tahu apa yang dibincangkan antara beliau (Tun Mahathir) dengan Najib,” katanya.

Sumber: Utusan

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO
Seorang yang telah banyak berjasa kepada Malaysia dan dunia Islam. Seorang yang telah meletakkan Malaysia di tempat yang tinggi di mata dunia dan seorang yang telah meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara lebih dari dirinya sendiri. Terima Kasih TUN, jasa mu tetap kami kenang selamanya.

Tindakan Tun keluar UMNO sangat menyedihkan kami, tetapi siapalah kami untuk memahami tindakan TUN. Cuma kami harapkan TUN telah memikirkan semasak-masaknya kesan daripada tindakan TUN ini. Pada kami TUN adalah bapa yang telah menunjukkan jalan dan matlamat yang kami perlu capai. Terima Kasih TUN !!!

UMNO dan TUN ibarat aur dan tebing, ombak dan pantai, walaupun apa yang melanda, UMNO dan Mahathir tidak akan terpisah!

Untuk tatapan bersama... anggaplah ini:

sebagai rajuk orang bercinta
kalau dibiar kedua-duanya merana
kalau dipujuk ok lah dia
tapi biar kena orang dan caranya
Kalau tidak dua-duanya kecewa

Demi agama, bangsa dan negara
berpecah kita, tidak kemana
bersatulah kita membina negara
supaya kita gagah di mata dunia.

Tuesday, May 6, 2008

Kenaikan Harga Beras Vs Pesawah

Sebelum ini, tiada yang mahu mendengar pandangan pesawah terhadap harga padi yang dituai dan tiada yang memperdulikan nasib mereka.
Tetapi apabila harga beras melonjak naik dan bekalan semakin berkurangan yang disebabkan oleh peningkatan permintaan yang mendadak, semua orang mencari siapa yang akan menjadi kambing hitam untuk di persalahkan.
Menteri pengguna kata menteri pertanian punya hal, menteri pertanian kata, menteri pengguna punya masalah sebab beras yang ada dalam negara masih cukup dan bekalan beras masih ada 2 bulan lagi kalau pesawah berhenti menanam padi...
Pesawah mahukan harga padi dinaikan sehingga RM1000 setan dan subsidi ditingkatkan, harga racun dan baja di kawal pada harga terendah, jelapang padi diairi 2 kali setahun dan subsidi petrol / diesal diberikan sama rata diantara pesawah, petani dan nelayan dan mereka mahu dilayan sama seperti penanam kelapa sawit dan juga getah.
Sukar kepada kita untuk menunaikan segala permintaan dan harapan ini, tetapi perkara inilah yang menjadi modal pembangkang untuk menagih undi dari masyarakat, dan di samping itu menayangkan kelemahan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Kesudahannya, yang mula akan balik asal.

Dato Mat Isa B. Sabu

Majlis perjumpaan bersama YAB MB Perlis Dato Mat Isa Sabu sangat memberi erti kepada warga Jasa yang bersama-sama bergerak membantu kerajaan negeri membangunkan Negeri Perlis.
Perjumpaan tersebut telah menghilangkan keraguan anggota Jasa dan YAB yang telah membuka seluas-luasnya peluang kepada anggota Jasa untuk memberi pandangan dan berbincang berkenaan isu-isu yang berbangkit.
Terima Kasih kami ucapkan kepada YAB kerana memahami situasi kami dan Tahniah kerana berjaya menjadi nahoda yang tegar mengharungi ombak dan ribut politik yang melanda Negeri Perlis.