Sunday, April 27, 2008

Krisis Makanan Melanda Dunia

Bencana alam seperti kemarau yang panjang, banjir, gempa bumi, kebakaran, ribut yang kuat dan sebagainya menjadi faktor kepada kekurangan bekalan makanan di kebanyakan kawasan di dunia. Kalau dulu kita hanya dengar kebuluran di benua Afrika sahaja kerana masalah kemarau yang panjang, tetapi sekarang ia sudah melarat ke dunia ke tiga di benua lain.
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada kita sekarang, adakah bumi sudah menunjukkan kekuatan yang ada padanya dengan membalas balik apa yang kita telah buat kepadanya, atau terdapat sebahagian kecil daripada manusia yang mengambil peluang mengaut keuntungan daripada situasi yang mendesak ini.
Sebenarnya, kekurangan bekalan makanan bukanlah satu yang realiti tetapi menurut pakar ekonomi, ia hanyalah ilusi yang direka dan dimanupulasi oleh spekulator untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Jika sebelum ini spekulator mensasarkan sektor kewangan di negara tertentu untuk mengaut keuntungan, kemudian diikuti oleh harga minyak mentah dan sekarang makanan yang sebahagian besarnya belum lagi di tanam dan jauh sekali boleh dituai. Ilusi yang digambarkan oleh spekulator ini adalah rekaan mereka untuk meningkatkan permintaan panik untuk jaminan ekonomi pada masa hadapan dan menggunakan fakta dan data yang dimanupulasikan untuk mempengaruhi minda masyarakat.
Apabila masyarakat membeli dengan quantiti yang banyak dalam masa yang singkat dengan andaian harga akan lebih mahal atau barangan tersebut akan berkurangan pada masakan akan datang, ia akan menaikan harga saham syarikat-syarikat yang terlibat dengan mendadak, dan ini akan menguntungkan pelabur yang juga terdiri daripada spekulator tersebut.
Dan sangat malang kepada kita jika para pelabur yang pakar tentang pasaran hadapan terperangkap dengan situasi ini. Jika kita bayangkan apa akan terjadi jika Malaysia telah terlebih melabur dalam pasaran makanan, (yang kita sedia maklum mempunyai tempoh luput tertentu),dan sudah tentu kita pada masa tersebut terpaksa menjual manakan tersebut pada harga yang terendah untuk mengelak dari kerugian. Kita juga terpaksa menanggung liabiliti aset seperti tanah, buruh, masa dan modal yang telah dicipta untuk tujuan tersebut.
Oleh itu, kerajaan yang ada sekarang perlulah melihat masalah ini dengan teliti dan berdasarkan kepada fakta dan data yang kita perolehi sendiri dan bukannya maklumat yang kita terima dari spekulator asing.

Thursday, April 24, 2008

Pemansuhan Subsidi Diesal

Pasti semua terkejut!!! pemansuhan subsidi Diesal yang dirangka oleh menteri berkenaan akan memeranjatkan pengguna yang bakal membayarnya.
Kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa telah memaksa pasaran domestik bergerak sejajar dengan tren tersebut. Jika tidak, masalah yang lebih besar akan melanda pasaran kita. satu daripadanyaa adalah penyeludupan minyak diesal keluar negara akan berlaku dan kerajaan seakan-akan menyusu kera di hutan dan rakyat di negara sendiri kelaparan, dan yang paling serius lagi wang cukai pendapatan rakyat negara ini dan cukai hasil mahsul negara ini akan dinikmati oleh orang luar. Oleh itu adalah sangat patut kerajaan memansuhkan subsidi diesal kepada pengguna tidak komesil dan memberi subsidi tersebut untuk kegunaan sektor komesil yang aktif di dalam negara. Setidak-tidaknya sektor komesil dalam negara dapat menjamin kemakmuran negara.

Wednesday, April 23, 2008

PTPTN DAN 3%

Semua graduan sedia maklum, pinjaman PTPTN adalah pinjaman dan bukannya biasiswa dan sudah tentu ianya bukan percuma. Mungkin sebahagian besar peminjam PTPTN ingin membayar secepat mungkin pinjaman tersebut tetapi, apabila nilai 3% tersebut dicampur dengan kos perkhidmatan yang di kenakan oleh PTPTN ianya kurang sedikit sahaja dari nilai yang peminjam bayar setiap bulan. Jika dilihat, peminjam PTPTN seperti hanya membayar interes sahaja setiap bulan dan jumlah pinjaman masih tidak banyak berubah.
Itu sebabnya sesetengah peminjam menggelarkan PTPTN adalah Along kerajaan yang memeras peminjam.
Persepsi ini perlu diperjelaskan dengan membawa peminjam berfikir bahawa pinjaman PTPTN bukan bertujuan untuk memeras peminjam tetapi adalah untuk membantu peminjam dan peminjam yang seterusnya peluang mendapatkan ilmu yang lebih berkualiti dan memberi peluang kepada lebih ramai peminjam pada masa akan datang untuk mendapat ekses kepada ilmu yang lebih tinggi.

Tuesday, April 22, 2008

Isu Semasa

Masih ramai yang tidak dapat menerima pelantikan Dato Mat Isa Sabu sebagai MB Perlis. Macam-macam fitnah dan umpatan disebarkan ke seluruh pelusuk negeri Perlis, semata-mata untuk mencemar nama baik dan kredibiliti beliau.
Kenapa mereka tidak menerimanya dengan hati yang terbuka dan memahami perkara ini sebagai satu penggiliran yang akan terus-menerus berlaku dari masa ke semasa. Lambat laun pertukaran pemimpin akan berlaku, hanya masa dan keadaan akan menentukannya.
Setiap pemimpin ada kekuatannya dan dalam masa yang sama wujud juga kelemahannya. Terimalah dengan hati yang terbuka dan marilah kita berkerjasama membina cita-cita dan usaha untuk terus mengekalkan dan meningkatkan kemajuan dan kemakmuran yang kita kecapi saat ini.
Ketepikanlah keegoan dan kepentingan individu demi kesejahteraan seluruh Rakyat negeri Perlis ini. Tiada gunanya kita saling mencantas sesama kita dan merosakan kebaikan yang sahabat kita buat, sedangkan mereka juga adalah sebahagian dari pada kita.