Sunday, April 27, 2008

Krisis Makanan Melanda Dunia

Bencana alam seperti kemarau yang panjang, banjir, gempa bumi, kebakaran, ribut yang kuat dan sebagainya menjadi faktor kepada kekurangan bekalan makanan di kebanyakan kawasan di dunia. Kalau dulu kita hanya dengar kebuluran di benua Afrika sahaja kerana masalah kemarau yang panjang, tetapi sekarang ia sudah melarat ke dunia ke tiga di benua lain.
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada kita sekarang, adakah bumi sudah menunjukkan kekuatan yang ada padanya dengan membalas balik apa yang kita telah buat kepadanya, atau terdapat sebahagian kecil daripada manusia yang mengambil peluang mengaut keuntungan daripada situasi yang mendesak ini.
Sebenarnya, kekurangan bekalan makanan bukanlah satu yang realiti tetapi menurut pakar ekonomi, ia hanyalah ilusi yang direka dan dimanupulasi oleh spekulator untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Jika sebelum ini spekulator mensasarkan sektor kewangan di negara tertentu untuk mengaut keuntungan, kemudian diikuti oleh harga minyak mentah dan sekarang makanan yang sebahagian besarnya belum lagi di tanam dan jauh sekali boleh dituai. Ilusi yang digambarkan oleh spekulator ini adalah rekaan mereka untuk meningkatkan permintaan panik untuk jaminan ekonomi pada masa hadapan dan menggunakan fakta dan data yang dimanupulasikan untuk mempengaruhi minda masyarakat.
Apabila masyarakat membeli dengan quantiti yang banyak dalam masa yang singkat dengan andaian harga akan lebih mahal atau barangan tersebut akan berkurangan pada masakan akan datang, ia akan menaikan harga saham syarikat-syarikat yang terlibat dengan mendadak, dan ini akan menguntungkan pelabur yang juga terdiri daripada spekulator tersebut.
Dan sangat malang kepada kita jika para pelabur yang pakar tentang pasaran hadapan terperangkap dengan situasi ini. Jika kita bayangkan apa akan terjadi jika Malaysia telah terlebih melabur dalam pasaran makanan, (yang kita sedia maklum mempunyai tempoh luput tertentu),dan sudah tentu kita pada masa tersebut terpaksa menjual manakan tersebut pada harga yang terendah untuk mengelak dari kerugian. Kita juga terpaksa menanggung liabiliti aset seperti tanah, buruh, masa dan modal yang telah dicipta untuk tujuan tersebut.
Oleh itu, kerajaan yang ada sekarang perlulah melihat masalah ini dengan teliti dan berdasarkan kepada fakta dan data yang kita perolehi sendiri dan bukannya maklumat yang kita terima dari spekulator asing.

No comments: