Tuesday, November 4, 2008

Isu Semasa: Pasaraya Dibuka Sehingga 12.00 Malam

Terdapat banyak kebaikan dengan pembukan pasaraya mega sehingga 12.00 malam. Pertama, ia akan menggalakan pelancongan domestik dan antarabangsa. Kedua, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Ketiga, meningkatkan kestabilan harga barangan keperluan masyarakat Malaysia kerana mereka dapat menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan dan secara tidak lansung dapat menekan peniaga yang cuba menaikan harga barangan keperluan. Keempat, meningkatkan permintaan terhadap bahan mentah secara pukal oleh pasaraya-pasaraya yang terlibat bagi menampung permintaan. Kelima, memberi peluang kepada peniaga kecil dan IKS memasarkan produk mereka di kompleks-kompleks pasaraya dan secara tidak langsung akan meningkatkan jualan mereka.Keenam, peniaga makanan dan restoran akan mendapat limpahan pelangan pasaraya yang ditutup lewat malam kerana biasanya pembeli lewat malam akan makan di luar.Terdapat banyak lagi kebaikan yang boleh disenaraikan tetapi semuanya bergantung kepada individu itu sendiri untuk menilainya.
Jika isu lepak dijadikan alsan untuk membantah perkara ini, perlu dinilai juga peluang pekerjaan part-time kepada orang yang mahu mencari rezeki yang halal. Jangan hanya disebabkan beberapa orang melepak, semua pasaraya perlu ditutup awal dan ini akan merugikan sumber tenaga kerja negara.
Jika isu kedai runcit akan mengalami kerugian dijadikan alasan, maka kepentingan masyarakat yang memerlukan barangan pada harga yang patut dan murah perlu dijadikan neraca pertimbangan, supaya kepentingan umum lebih diutamakan dan bukannya beberapa peniaga yang selalu memberi alsan harga barangan keperluan sudah naik.
Kerajaan telah menilai segala aspek sebelum mengumumkan sesuatu tindakan yang akan diambil dan penilaian yang adil diberikan kepada semua perkara. Jika kebaikan yang dinikmati lebih banyak dari keburukan yang timbul maka tidak salah untuk merubah sesuatu kebiasaan. Semoga kita semua akan mendapat faedah daripada pembukaan pasaraya sehingga 12 malam.

No comments: