Tuesday, July 1, 2008

Soal Jawab Isu Semasa

S: Mengapa kerajaan melalui BERNAS membeli harga padi pada kadar RM 750.00 setan sedangkan pengilang beras yang lain sanggup membeli padi dari pesawah pada kadar lebih dari RM 1000.00 setan?

J: Bernas adalah pembeli terakhir kepada para pesawah dan Bernas akan membeli walau seteruk mana kualiti padi yang dihantar oleh para pesawah kepadanya. Oleh itu Bernas perlu meletakkan harga yang terbaik yang berpatutan dengan kualiti padi tersebut. Jika para pesawah mempunyai pilihan yang lebih baik dan mempunyai padi yang berkualiti maka adalah baik kepada mereka untuk mencari pembeli yang sanggup membeli padi tersebut dengan harga yang lebih baik. Tiada halangan dan sekatan untuk para pesawah menjual padi mereka ke kilang yang dapat memberikan harga yang lebih tinggi, cuma perlu diingat ada masanya yang kilang tersebut akan menawarkan harga yang lebih rendah kepada para pesawah berbanding kilang Bernas dan perkara ini pernah berlaku semasa permit import belum dikhaskan kepada Bernas.
Pada masa tersebut kilang padi berlumba-lumba mendapatkan bekalan dari negara jiran yang menawarkan harga padi yang berkualiti pada harga yang lebih murah dan mengabaikan padi yang diusahakan oleh para pesawah tempatan. Mungkin pada masa ini harga RM750.00 setan yang ditawarkan oleh Bernas adalah rendah kerana kebanyakan kilang swasta bersaing untuk mendapatkan padi dari para pesawah dan harga beras di pasaran luar adalah lebih tinggi, tetapi tidak mustahil jika harga beras dari negara jiran lebih murah maka pengilang ini akan menurunkan harga padi lebih rendah dari harga yang ditawarkan oleh Bernas.

2 comments:

Anonymous said...

pe mampus la lu

Anonymous said...

RM 1000.00 setan ka?